Pesanan Menjadi Lebih Mudah Secara Online

Pesanan Menjadi Lebih Mudah Secara Online
Biskut Raya Home Made

Thursday, May 28, 2015

TEMPAHAN

Kami menawarkan produk kuih raya homemade dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda masih tercari-cari di mana untuk mendapatkan kuih untuk hari raya tahun 2015, apakata anda cuba kuih raya kami kerana kami ada menawarkan pelbagai jenis biskut raya yang boleh anda pilih…


Kami masih lagi menerima tempahan setakat ini. Waktu tempahan akan ditutup sebaik sahaja menjelang 1 Ramadhan. Ini kerana kami perlu menyiapkan tempahan dan memastikan produk dapat diberi kepada pembeli dalam masa yang ditetapkan.


Memandangkan bulan ramadhan bakal menjelang, persiapan awal adalah lebih baik supaya tidak kelam kabut dan terdapat banyak pilihan dalam menentukan bagaimana harus dilakukan. Berbanding persiapan yang last minute, mungkin ada di antara perancangan yang tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan stok atau produk yang diinginkan.  


Oleh sebab itu rancanglah lebih awal untuk memudahkan urusan anda.

Tuesday, May 26, 2015

PELUANG MEMULAKAN PERNIAGAAN

Setiap kali musim raya ramai yang membabitkan diri untuk meniaga, baik di bazar-bazar ramadhan atau mengambil tempahan dari saudara-mara atau kenalan. Namun sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tiada kepakaran/masa untuk membuat sendiri, anda boleh menyertai kami kerana kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar biskut raya kami. 

Bagaimana? Adakah anda berminat untuk menyertai kami? Jika ya, caranya mudah saja, cuma isi Borang Stokis/Pengedar

Monday, May 11, 2015

SELAMAT DATANG

Seperti yang diketahui sekarang kita semua sudah berada di dalam bulan mei. Ini bermakna lebih kurang sebulan sahaja lagi umat islam akan berpuasa apabila tiba bulan ramadhan. Seterusnya akan menyambut hari lebaran di bulan syawal kelak. Selain beribadah dibulan puasa, pasti pelbagai rancangan diatur untuk menyambut hari raya. Sudah semestinya kuih raya merupakan salah satu darinya.
Kalau zaman dahulu, kuih raya biasanya disediakan sendiri di rumah. Namun di dalam dunia yang semakin mencabar ini dan selaras dengan peredaran, zaman ramai wanita/para isteri perlu keluar berkerja untuk menambah pendapatan. Seterusnya menyebabkan ramai yang memilih untuk menempah/membeli sahaja kuih/biskut raya.
Justeru, kuihraya4u ingin menolong memudahkan anda untuk menyediakan biskut raya. Terdapat beraneka biskut raya yang bakal memenuhi keperluan anda. Untuk itu anda boleh melihat bahagian Produk Sekiranya anda ingin membuat tempahan, sila klik Borang Pesanan.